21 August 2010

Senarai Hotel Yang Mendapat Sijil Halal

Untuk maklumat lanjut sila klik disini

Hukum Sembelihan Kejutan Elektrik (Electrical Stunning)

Hukum Mengenai Stunning Haiwan

Keputusan: 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 29 Sept 2005 telah membincangkan Hukum Mengenai Stunning Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Kaedah stunning jenis Petetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.
     
  2. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    a. Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner)
    b. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan
    c. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.
  3. Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat;
    a. Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan; dan
    b. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.
  4. Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.

Skima Latihan Pendidikan Syariah Set 1 - 5

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah ustaz sudah upload skima soalan latihan Pendidikan Syariah Set 1 hingga Set 5. Insya Allah set yang seterusnya akan diupload kemudian. Kepada anak-anak 5SA....selamat menjawab kertas Syariah pada 23 dan 24 Ogos 2010. Ustaz doakan semuanya diberi kemudahan oleh Allah swt untuk menjawab dengan tenang. Disamping berusaha, jangan lupa berdoa dan terus berdoa.