31 December 2009

Gerhana Bulan Separa

PUTRAJAYA 30 Dis — Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu. Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara. "Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web http://www.angkasa.gov.my/ pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.



— BERNAMA
Sumber : Utusan Malaysia Online

30 December 2009

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti berganti dan cuti peristiwa pada tahun 2010. Baca lagi

16 December 2009

Terkini

Maklumat terkini tentang SYS. PK 1 (En.Rostam), PK HEM (En. Noor Muhammad Taib), PK KOKU (En. Mukhlis)

15 December 2009

Kalendar Cuti Umum Negeri dan Persekutuan 2010

Sila klik di sini untuk download

Jadual Bayaran Gaji 2010



Klik imej untuk besarkan
Sumber : Akauntan Negara Malaysia

Kalendar Persekolahan 2010



Klik imej untuk besarkan.
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

4SA 2009


Edited by Syazwani


Gambar Sempena Gotong Royong 2009


Sorang saja ke..Berjemaah itu lebih baik.

13 December 2009

Cara Print Multiple Pages


Untuk menjimatkan kertas, ustz cadangkan print secara multiple pages per sheet. Senang je....Sila lihat gambar kat atas ni.Pertama sekali tukar nama printer yang kita hendak digunakan untuk print di "printer name" kat atas sekali. Kemudian pada pada page scaling tu pastikan ditukar kepada multiple page per sheet. Lepas tu tekan OK.Selamat mencuba.Emmm..kalau rasa tak nampak tu..Sila klik pada imej untuk besarkan.

11 December 2009

Nik Nur Madihah Ketepikan Soal Cinta



KOTA BHARU – Ketepikan naluri cinta demi cita-cita.Bagi sesetengah remaja, zaman persekolahan mungkin lebih indah sekiranya disulami perasaan disayangi dan menyayangi. Malah ada di antara mereka berbangga jika memiliki ‘buah hati’.

Lain pula bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (gambar), 18, yang menganggap cinta remaja itu boleh merosakkannya.
Menurutnya, cinta remaja tidak mendatangkan manfaat kerana ia hanya melalaikan dan menjejaskan tumpuan terhadap tugas utama iaitu mencari ilmu. “Saya ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan sebelum bercinta. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta.

“Bagi saya, bercinta tanpa mengikut syariat Islam itu haram dan itu juga yang diajar oleh cikgu-cikgu saya di sekolah,” katanya yang mengakui tidak pernah bercinta dan tidak berminat untuk bercinta buat masa ini.
Tambahnya, para pelajar perlu menyedari bahawa cinta ialah ‘musuh’ utama kerana ia boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka hilang fokus dalam belajar.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/…

10 December 2009

Yuran Asrama

Terdapat satu pekeliling terbaru berkaitan dengan bayaran yuran makan asrama. Sila baca

FORMULA 10 + 2 BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt. Adakah anda telah membaca pekeliling terbaru berkaitan dengan subjek tambahan SPM bagi kelas Sains Agama?. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila baca

08 December 2009

Kem Intan Terpilih


Pada 23-25/10/2009 Syazwani telah menyertai Kem Intan Terpilih peringkat kebangsaan Zon Utara (Perak, Penang, Kedah dan Perlis) di Pendang Lake Resort.(5 km dari rumah ustz). Kem ini melibatkan semua sekolah SMKA, SABK dan KAA. Syazwani adalah wakil SYS untuk KAA.

Kejayaan 4SA 2009



Pada 11/4/2009 telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah. Berikut adalah penyertaan kejayaan 4SA:
1.Syazwani Sulaiman (Kuiz Agama) – Johan Daerah. Ke peringkat Negeri di SM Teknik Gerik pada 24&25/4/09
2.Noor Ashikin Johari (Syarahan Agama) – Tempat ketiga
3.Masyitah (Tilawah Al-Quran) – Tempat Ketiga



Pada 28/3/09 Mahrajan Kesenian Islam (MKI) telah berlangsung di SMK Seri Kampar. Berikut adalah penyertaan dan kejayaan 4SA:
1.Muhammad Ridzuan dan Muhammad Afiq (Nasyid) - Johan. Seterusnya ke peringkat negeri di SM Teknik Manjung pada 3&4/4/09.
2.Aisyah menyertai pertandingan khat.

Buku Rekod Kokurikulum


Assalamualaikum wbt. Sehingga 20 November 2009, hanya lima orang pelajar 4SA yang menghantar Buku Rekod Kokurikulum kepada guru kelas. Pelajar tersebut ialah:
1. Nor Hamizah
2. Nur Fazira
3. Asma Al-Husna
4. Nur Eizeatiy
5. Aisyah Azhari

Perkara ini telah diperingatkan berkali-kali oleh PK Kokurikulum tentang kepentingan markah 10% Kokurikulum untuk kemasukan ke IPTA. Buku rekod Kokurikulum adalah menjadi bukti tahap pencapaian seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum. Sila baca , panduan mengira markah

03 December 2009


4SA 2009 dalam kenangan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Namun PERJUANGAN harus diteruskan.