06 January 2010

Membuat Pilihan


Jika anda dikehendaki memilih antara dua perkara yang sama pentingnya dalam hidup anda, apakah yang mungkin anda lakukan. Apakah kayu ukur atau kriteria yang anda gunakan semasa membuat pilihan. Dalam ilmu usul fiqh dinyatakan bahawa kita perlu memilih kemudratan yang lebih kecil untuk mengelak kemudratan yang lebih besar. Inilah kaedah yang digunakan Islam dalam membuat sesuatu keputusan bagi memilih anatara dua perkara. Namun untuk untuk mengenalpasti sesuatu perkara itu membawa kemudratan yang lebih kecil atau besar anda perlukan ilmu dan pengetahuan sama ada ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah.